Semarak suria
Semarak suria

Semarak suria

Semarak suria, semarak matahari atau prominen ialah ciri cerah bergas yang besar mengunjur keluar dari permukaan matahari, sering dalam bentuk gelung. Semarak suria berakar di permukaan Matahari iaitu di fotosfera, dan mengunjur ke arah luar ke dalam korona Matahari. Sementara korona terdiri daripada gas terion terlampau panas, dikenali sebagai plasma, yang tidak mengeluarkan banyak cahaya tampak, semarak mengandungi plasma lebih sejuk, sama komposisi dengan yang ada pada kromosfera. Plasma semarak biasanya seratus kali lebih sejuk dan lebih padat daripada plasma korona.Semarak suria terbentuk pada skala masa kira-kira satu hari, dan mungkin berterusan dalam korona untuk beberapa minggu atau bulan, menggelung beratus-ratus ribu batu ke angkasa. Sesetengah semarak akan pecah dan kemudian boleh membawa kepada pancutan jisim korona. Ahli-ahli sains sedang menyelidik bagaimana dan mengapa prominens terbentuk.Bahan merah bergelung yang bercahaya ialah plasma, gas panas terdiri daripada hidrogen dan helium bercas elektrik. Plasma semarak suria mengalir di sepanjang struktur medan magnet yang kusut dan berpintal yang dihasilkan oleh dinamo dalaman matahari. Letusan semarak berlaku apabila struktur itu menjadi tidak simbang dan pecah keluar lantas membebaskan plasma.Semarak suria biasa menjangkau lebih beribu-ribu kilometer; yang terbesar dalam rekod dianggarkan lebih 800,000 kilometer (500,000 mi) panjang[1] – lebih kurang jejari Matahari.